Kelahiran, keluarga, dan zaman kanak-kanak William,_Putera_Wales

William telah dilahirkan pada 21 Jun 1982 di Hospital St. Mary di Paddington, barat London,dengan berat 7 pound dan 1.5 auns. Seminggu kemudian pada 28 Jun namanya telah diumumkan oleh Buckingham Palace: William Arthur Philip Louis. Beliau telah dibaptiskan di dalam Music Room di Istana Buckingham pada 4 Ogos 1982 (hari jadi ke-82 nenda beliau, Queen Elizabeth) oleh Archbishop of Canterbury, Robert Runcie. William mempunyai enam ibu bapa pembaptisan; bekas Raja Yunani Konstantinos II (sepupu bapa beliau); Puteri Alexandra, The Honourable Lady Ogilvy (sepupu bapa beliau); Duchess of Westminster; Lady Susan Hussey; Lord Romsey (sepupu bapa beliau) dan Sir Laurens van der Post. Nama mesra yang diberi oleh ibu bapanya ialah "Wombat" dan kadangkala digelar "Wills" oleh akhbar.

Pada usia tujuh tahun, William dilaporkan memberitahu ibunya bahawa dia berkehendak untuk menjadi seorang pegawai polis apabila beliau dewasa supaya dia dapat melindunginya; dan kenyataan balas oleh adiknya, Harry : "Oh tidak, awak ialah bakal Raja.." Pada 1 Mac (Hari St. David) 1991, Putera William membuat penampilan rasmi yang pertama semasa lawatan ke Cardiff, ibu kota Wales. Setelah tiba dengan kapal terbang, putera kecil yang berumur lapan tahun itu telah dibawa oleh ayahanda serta bondanya ke Catedral Llandaff. Selepas meninjau katedral tersebut, William telah menandatangani buku tetamu dan menunjukkan semua bahawa beliau adalah kidal. Gambar-gambar William yang diambil semasa lawatannya kini menjadi pameran tetap di katedral tersebut. Sebelum dia meninggalkan tempat itu, ramai kanak-kanak sekolah dan penduduk tempatan telah menyampaikan hadiah kepadanya, yang telah diterima dengan senyuman dan bisikan "terima kasih."

Pada 3 Jun 1991, William telah dimasukkan ke Hospital Diraja Berkshire selepas diketuk dengan tidak sengaja di sebelah dahi dengan kayu golf oleh seorang rakan sekolahnya. William tidak pengsan, tetapi mengalami tekanan di bahagian tengkorak dan telah menjalani pembedahan di Hospital Great Ormond Street. Parut akibat pembedahan itu masih dapat dilihat hingga hari ini.

Ibunya mahu dia dan Putera Harry mempunyai pengalaman yang lebih luas daripada kanak-kanak diraja yang lain. Dia membawa mereka ke Walt Disney World dan McDonald serta klinik AIDS dan perlindungan bagi gelandangan. Beliau membelikan mereka barangan remaja biasa, seperti permainan video. Diana, yang ketika itu bercerai dengan Charles, Putera Wales, meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 1997. William dan Harry bersama-sama dengan bapanya, tinggal di Istana Balmoral pada masa itu. Putera dari Wales itu menunggu sehingga awal pagi berikut untuk memberitahu anak-anaknya tentang kematian ibu mereka. Di upacara pengkebumian Diana, William mengiringi ayahanda dan Harry, bersama nendanya Putera Philip dan ayahanda saudaranya, Earl Spencer ke-9 untuk berjalan di belakang pawai Diana dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey. Semasa euloginya, Earl Spencer berjanji bahawa keluarga Spencer akan mengambil minat dalam penjagaan anak-anak Diana walaupun William jarang berjumpa dengan ayahanda saudaranya atau dengan nendanya sebelum kematian Diana.

Rujukan

WikiPedia: William,_Putera_Wales http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://id.worldcat.org/fast/1760420/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... http://www.centrepoint.org.uk/content/view/54/41/ https://nla.gov.au/anbd.aut-an49861308 https://trove.nla.gov.au/people/1526979 https://www.reuters.com/world/uk/king-charles-name... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q